Panas!! , Skandal Musa Hassan Didedahkan

| comments (1)

Negara ini sangat pelik, bukan setakat beli kapal selam tidak boleh tenggelam, enjin jet tiba-tiba hilang, Jambatan atas darat , dan kondo duduk dalam kondo, tapi lebih dasyat dari pada itu.

Sebelum ini tersiar dibanyak blog dan portal tentang hubungan rapat bekas ketua polis negara iaitu Musa Hassan dan Abdul Gani Patail dengan seorang kepala gangster.

Siasatan JSJK (jabatan Siasatan jenayah komersial) mendapati bahawa meskipun Musa ketika itu berkhidmat di Johor - telah menutup pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, Musa Hassan pada masa yang sama dikatakan membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh iaitu seorang gangster terkenal.. (sila baca disini)

Hari ini melalui sebuah portal terkenal timbul dakwaan bahawa individu misteri yang rapat dengan gangster terkenal itu telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan bekas ketua polis negara iaitu Musa Hassan ketika pasukan itu berada bawah penguasaan nya, pertemuan dan perbincangan itu adalah untuk menentuaturkan anggota polis dan menyusun kenaikan pangkat mereka, petikan adalah seperti dibawah.

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

Jadi apakah pandangan anda, mengapa perlu polis ini diatur kenaikan pangkatnya, apakah hubungan Musa Hassan dengan Individu yang rapat dengan Tengku Goh itu, jika benar ada perancangan sulit, apakah sudah ada satu perjanjian dan kata sepakat dicapai untuk memastikan cortel gangster itu terus hidup dan kebal?.

Polis sepatutnya mencari, menangkap dan mendakwa penjenayah atau ahli kongsi gelap, namun dalam kes ini individu yang rapat dengan ketua kongsi gelap itu berhubungan dengan ketua polis , malah memberi nasihat dalam mengatur anggota polis yang tertentu. apa pandangan anda dalam hal ini?.

Musa Hassan dan Ghani Patail jjangan kita lupa sebagai antara pemain penting dalam kes 98 sehingga menyebabkan DSAI dipenjara dan dipisahkan dengan keluarganya.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

+ comments + 1 comments

7 Februari 2013 pada 9:52 PG

macam-macam

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit